Alhamdulillah. Tidak saya sangka entry ini boleh diterbitkan di laman web iLuvIslam. http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/1443-wahai-mereka-yang-memimpin.html
Saban hari ku menanti,
Munculnya ia tidak ku pasti,
Diriku masih mencari,
Apakah ia hanya mimpi?
Dunia yang penuh dengan pancaroba.
Dunia saya, dunia anda.
Destinasi kita sama.
Biarpun perjalanan kita berbeza.
Kita berpandukan dengan cara yang sama.
Terpulang ke atas diri kita.
Apakah kita hendak menghayatinya.
Ataupun.
Jauh tergolong dikalangan mereka yang memaling daripadanya.
Siapakah kita?
Kenal entah tidak.
Segelintir sahaja yang berkemahuan.
Berusaha mencari asal usulnya.
Mengingati.
Tidak melupainya tatkala ujian mendatang.
Datangnya ia.
Nikmat tidak tertadah tangan.
Dijadikannya, penggelap hati.
Hilang entah ke mana.
Laluan yang lurus ke arahNya.
Sia-sia sudah.
Ke manakah mereka pergi?
Menjadi tunjang yang tidak berisi.
Akar hanya menurut.
Daun-daun luruh ditiup angin.
Kami menuruti.
Mata dikaburi.
Wahai mereka yang berkuasa!
Salah caturan kami merana.
Maruah agama terkena.
Kalian sedarkah?
Keadaan anak-anak yang tak kemana.
Tujuan tiada.
Hilang akal dibawa dunia.
Sedarkah kalian?
Tanggungjawab bukan permainan.
Amanah jangan digadai.
Membentuk pemuda, menjadi keutamaan.
Kenali Allah, kenali agama.
Kami merayu! Kami merintih!
Sedarkah kalian?
Kami sudah terkandas.
Sedarkah kalian?
Senang di atas.
Pasti susah dikemudian hari.
Di manakah? Konsep Islam yang ditunggu oleh kami? Mengapa liberal menjadi pilihan? Tidak takutkah? Tidak takutkah azab Allah yang pasti? Jangan sekali dicabar akan kuasanya.
Hari demi hari, saya menunggu untuk munculnya seorang pemimpin yang dapat memimpin ummah di zaman sekarang. Lihat sahaja di sekeliling. Perpecahan berlaku tanpa kita sedari. Ramai sudah yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Keutamaan memegang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan utama semakin dilupakan dari sehari ke sehari. Undang-undang dunia pula diangkat menjadi undang-undang pentadbiran.
Hampir setiap kali saya bersua dengan masyarakat Islam di luar sana. Sebut sahaja perkataan Malaysia, layanan terbaik akan diberikan kepada kita. Pujian demi pujian datang dari lidah mereka. Mengatakan bahawa negara kita adalah contoh negara Islam yang terbaik pada zaman sekarang. Senyuman mudah terukir di bibir, tetapi hati berkelakuan sebaliknya. Layakkah kita untuk mendapat pujian seperti itu? Lihat sahaja anak-anak muda masa kini. Mereka ini yang bakal mentadbir negara kelak. Tidak perlu diulas lebih lanjut.
Sering kali saya berfikir, apakah ada dikalangan anak-anak muda Islam pada masa kini, akan bangkit, lalu memimpin kami dan mengubah apa yang sepatutnya. Menuju ke jalan yang benar. Saya takut, di mana kemungkinan satu hari nanti, mereka yang bukan beragama Islam yang akan memimpin dan mentadbir. Malah, kedudukan kita sudah terumbang-ambing, dan boleh jatuh pada bila-bila masa. Dek arus pemodenan, wang masuk dari sana sini, yang lemah semakin ditindas, yang alpa bermaharajalela.
Saya kira, jika bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Jangan disangka esok masih ada peluang.

Daripada para sahabat,
Tidak akan ada Islam jika tiada jemaah, tidak akan ada jemaah jika tiada pemimpin, dan tiada pemimpin jika tiada ketaatan.
Dan semestinya, ketaatan itu perlu datang daripada ummah kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuang agama yang tercinta disamping memperjuangkan negara! Dari situ, maka terbentuklah yang satu jemaah, yakni jemaah Islam yang bersama-sama memperjuangkan agama!