Monday, November 4, 2013

Change

I'm thinking of creating a new blog. Thinking starting all over again. Thinking of writing differently. Thinking of writing something that can benefit myself (at least) in the long run. Thinking of whenever I open my blog to read what I have wrote, it would inspire and motivate myself. Thinking of how vast the world is, with a lot of chances which might or may not enable myself to become a better person.

Who wouldn't wanted to be become a better person than he is today.

Thinking of, if I'm even able to reach to the same level of my two favourite blog. Both of them had inspired me a lot.

Moga istiqamah.

Friday, November 1, 2013

Trilogi Hebat!

Antara faktor yang mengakibatkan aku tidak mendapat A dalam subjek Bahasa Arab waktu PMR adalah kerana aku menghabiskan masa study baca Trilogi Travelog Anak Felda Keratong karya Muhd Fudzail. Kawan Abah. Beliau kasi satu set kepada Abah sebelum PMR. Tak tahan, aku baca. 4 hari yang sepatutnya dihabiskan mengulang kaji untuk Bahasa Arab, aku membaca buku yang tiada kaitan.

Tak sengaja, menzahirkan ketidak seriusan aku dalam mempelajari subjek tersebut. Hasilnya, result yang teruk.

Monday, October 7, 2013

Cuti :D

Tatkala orang lain sudah melangkah jauh, aku masih berada dalam belenggu pemikiran dimensi diri. 

Moga tempoh cuti semester ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan bermuhasabah, memenuhi kotak kendiri, membuka kotak aspirasi dimensi.

Ya Allah, permudahkanlah.

Sunday, September 29, 2013

A short reunion

"Why here? I mean, why are you here? You deserve somewhere better!" 

I can't stop thinking the words Nizar said in our short reunion earlier today. - The last time I met him was when his older brother got married few years ago. Been together since kindergarten until we part ourselves during secondary school. -

Back then, I would utterly be lying if I say I don't have the slightest jealousy towards my friends who manage to get themselves with scholarship and will be flying to the universities of their choice.

My SPM result aren't any different from them, some even lower than mine. Straight A's with 6A+ weren't good enough for them. 

Ish, teruk gila aku. Dasar tak reti bersyukur. Atleast kau dapat jugak masuk U. Ada orang tak dapat masuk langsung!

I kept on reminding myself, if its not for the kafarah of my sins, surely Allah have better plans.  Allah knows whats best for me, thats one thing for sure.


"You've done it before, surely you can do it again!" Nizar told me.

Certainly a morale booster. 

I have physics paper tomorrow. 4 more papers left before the end of the first semester.

I just have to write now. I was really excited. Nizar, here in my campus. Unbelievable.

After Asar prayer, as I was walking by, I looked on my right side and saw a familiar looking face. Both of us stared at each other for nearly 5 seconds. Astounded, he jumped to his feet, both of us hugged.  

May Allah ease his journey on becoming a great engineer which later on will entirely benefits the Ummah.

Sunday, September 22, 2013

Shameless

Have you no shame
Committing sins
Towards the creator
Who loves you more
Than any living creature could?

Tuesday, September 17, 2013

Grief

Dua hari lepas, aku menceritakan kepada emak tentang mutiara yang aku perolehi dari lecture Nouman Ali Khan di PWTC satu minggu sebelumnya. Aku memberitahu emak akan penyesalanku tidak belajar bahasa arab dengan bersungguh-sungguh, walhal pelajaran bahasa arabku sudah bermula sejak tadika, PSRA, PMR. Aku masih gagal untuk memahami ayat-ayat al-Quran dengan ringkas seperti yang Angah mampu buat.

Emak memberitahu kepada ku,

"Do not grief over the past. The past helps you come to your realization. The question is now, what are you going to do about it?

Some people don't even have a past for them to reflect on. Some people have never felt any hardship for them to be grateful of their easy life. 

For you, you have realize. Now think on how you're going to act upon it"

kepada Lebih kurang itu apa yang Emak kata. Aku tak ingat semua. Maklumlah, bahasa Inggeris aku masih berkarat jika dibandingkan aku dengan adik-beradik yang lain.

Ya, persoalannya. Bagaimana?

Susah

Rata-rata sahabat aku yang hebat-hebat, mereka juga mempunyai guru yang hebat. Murabbi kata mereka. Aku juga ingin menjadi hebat seperti mereka. Aku juga ingin mempunyai seoarang murabbi yang boleh membimbing. 

Aku sedang mencari. Tapi. Aku tidak tahu siapa dia. Kalau jumpa, aku tidak tahu bagimana mahu menghampirinya. 

Argh, susahnya.


Friday, August 30, 2013

Happiness?

Last week, Emak broke the silence in the car by asking, how do I define happiness. Before I could start answering, Abah entered the car and started a conversation with Emak.

How do I define happiness. Well, to me, happiness is when I certainly sure that my family and I, are on the right path of Allah's blessings that leads to the jannah. Untill then, I have to strive for this eternal happiness.

"The ultimate victory is when one enters the paradise" - hadith

But with such mungkar I do everyday, despite of knowings the sins I'm burdening myself with... T.T

Ya Allah. Grant me the feeling of fear and guilt.

May Allah ease my tidings by strengthening my Iman. Grant me sabr and wisdom. Amin.

Friday, August 23, 2013

Hati Kosong

Di kala hati berasa kosong, harapan diri hadirnya seorang insan yang memahami. Jawapan segara, lahir dari persoalan-persoalan hidup yang tiada penghujung. Menjadi penenang jiwa yang kian bergelora. Insan yang bisa memperingatkan aku akan yang haq dan bathil. Aku lemah. 

Ya Allah. Kepada Engkaulah aku berserah segalanya. Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ku ini di atas jalan agama Mu dan ketaatan Mu.

Ya, aku merindui suasana dahulu. Aku masih terkapai tanpa panduan untuk mewujudkan suasana itu di tempat baru. Tidak seorang. Mana yang lain?

Friday, August 16, 2013

Let

Let the death of others be a reminder to us all. As our end are still uncertain. For which, death does not define age. And yet, how can we still hold on our repentance towards Allah? As we know, the time will come. Nearer than you can imagine. Let the flowing tears be the stream of guilt. For Allah, is The Forgiver. 

T.T 

Ya Allah, timbulkanlah perasaan bersalah dalam diriku yang senantiasa menzalimi diri ini.

Saturday, August 3, 2013

Aku Insan Lemah

Bahaya nya ego seorang abang. Bila Hassan meninggikan suaranya, tentu sahaja hati seorang abang akan tercabar. Aku meninggikan suara juga. Masing-masing ingin membuktikan hujah. 

Aku selalu berdoa, agar pertuturan ku sentiasa lemah lembut bersama ahli keluarga. Adik-adik lelaki aku terutamanya. Dengan kawan-kawan boleh, masakan dengan adik sendiri.

Bila berada dalam situasi tersebut, aku akan lari. Biarlah dikata merajuk, tak kuat. Aku lebih sanggup hati aku yang berkecil dari adik yang aku sayangi. Aku akan menyendiri. Air mata pasti mengalir. Menyesal. Mengapa aku meninggikan suara, hanya kerana tercabar dengan adik sendiri. Mengapa dengan manusia lain, toleransi ku gunung meninggi.

Aku sayang mereka. Mungkin salah aku mengapa Hassan tidak faham mesej yang ingin aku sampaikan. Intonasi perlu jaga. Muka perlu sentiasa senyum. Aku tidak boleh salahkan dia kerana tidak memahami diri aku ini. Terima diri aku yang lemah ini. Sentiasa mempunyai silap. 

"Macam ni ke abang? Baik tak payah jadi abang."

Ya. Ego aku tercabar.

Ya Allah, engkau lemahkanlah nafsu amarah ku. Engkau perbaikkanlah tutur kata ku. Engkau kuatkanlah diri ku untuk mengawal lidah dan badanku. Engkau perbaikkanlah hubungan ku bersama adik-adikku. Moga-moga kami tergolong di kalngan muqarrabin yang sentiasa mendambakan belas kasihan mu. 

Aku sayang mereka.

Thursday, July 18, 2013

Jujur Hati di Kala Fajar Menanti

Jujurnya, terlalu banyak pendapat  tentang berbagai-bagai isu yang berlegar-legar di kepala ku. Serabut jadinya. Ingin sahaja aku meluahkan di tempat-tempat yang memungkinkan respons daripada individu lain.

Tetapi, setiap kali ingin menekan button send/post/tweet, hati ku menjadi gusar. Apakah benar tindakan aku ini. Apakah benar kata-kata ku ini. 

I will held accountable for every words I posted either on Facebook, Twitter, or even this silent blog of mine.

Kekhuatiran, keresahan itu juga datang apabila datangnya perasaan khuatir terbiadap dalam berbicara. Ingin sahaja aku fire kembali pendapat yang kurang matang dari senior-senior. Pendapat-pendapat mereka yang mengaji tinggi-tinggi tetapi tidak menunjukkan kematangan mereka dalam mengulas isu tersebut. Kebanyakkannya batu api. Tidak menzahirkan keintelektualan yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Lagi gusar, apabila ramai teman rapat mengiyakan sahaja, malah menyokong, bahkan mendokong!

Hoi Harith, pendapat boleh berbeza-beza! Kawan tetap kawan. Kan? Kau susah apa? 

Benar! Tapi ada batasnya. Kau bercakap pasal sensitiviti, kau tak beramal dengannya. Tidak boleh memuaskan hati semua orang jangan sampai bermusuh dengan ramai orang. Asalnya kawan, sekelip mata bertukar musuh.

Belum bercerita tentang ramai dari mereka yang pandai-pandai percaya sekali baca lalu share berita yang tiada kesahihannya. Fatabayyanu mereka entah ke mana. 

Moga aku dapat tidur dengan tenang malam ini.

Ya Allah, engkau lindungilah aku dan kaun kerabatku daripada segala jenis fitnah. Naungilah kami dibawah rahmat dan pengampunanMu. Perkukuh dan kuatkan iman kami dalam mencintaiMu dan RasulMu. Dan golongkanlah kami dalam golongan mereka yang bertakwa~


Tuesday, July 16, 2013

Lapan Bulan Tanpanya.

Hati ini sejujurnya merindui berbulatan gembira. 

Friday, June 14, 2013

2 Weeks.

Two weeks had pass through smoothly. The beginning of a real challenge, appreciated by those who understand. Why we are here. The ultimate expectations that lies within the history.

For the first half year of 2013, I was immersed in an unfamiliar culture, mainly consist of things I have never see, hear, or feel before. Specifically, I was surrounded by people whom I've never really get involved. Throughout the 5 month living in community which the majority of people are Chinese, definitely changes me on how I see, think and interact with them. Saying goodbye to them was the hardest.

As the second half of the year 2013 starts, I'm back in community with 99% of them are Malays. Perhaps this will continue until I finally graduated for my first degree. Studying in a university which were purposely built for the Bumiputeras definitely put me on new different level. Only time will tell, whether it is higher or lower.

But come to think of it, what matters the most is the outcome. By how far will it reconnects between you and the creator. These so called future nation-builder, how they can actually benefit the Deen? If not and only if, they have to start now. Start to realize, this chance that they we're given by the most merciful Creator, is for them to benefit the ummah in return. Starting from now, they have to show, if not seek of the right path to His blessings.

Sunday, May 26, 2013

PM 12


Sudah lama aku tidak menulis. Kerinduan serta semangat itu menjulang tinggi. Namun dek kekangan masa dan alasan-alasan negatif yang sering menerpa diri ini, terus-menerus menghalang aku untuk menulis. Sungguh lemah.

Bulan 6 sudah menghampiri. Bulan Rejab sudah hampir tiba dipertengahannya. Masa begitu cepat berlalu, tetapi aku masih dibuai mimpi dunia

Aku tersedar, rupa-rupanya sudah setengah tahun aku menjadi pelajar di Taylor’s. Aku masih ingat hari pertama berkenalan dengan rakan-rakan ku yang berlainan bangsa dan agama. Oleh kerana aku mewakili kaum minoriti, cukup banyak pengalaman dan perbezaan pandangan yang dapat aku rasai.
Esok merupakan hari terakhir ku di sana. Rasa gembira, bercampur gaul dengan rasa sedih dan hambar. Entah mengapa, aku hanya mampur berdoa, agar keputusan yang telah aku lakukan ini adalah yang terbaik. InsyaAllah.

Mengapa gembira? Kerana akhirnya aku dapat keluar daripada terus berada dalam suasana western masyarakat bukan Islam di Malaysia. Di tempat baru aku, hampir kesemua beragama Islam. Hampir kesemua berbangsa Melayu.

Namun begitu, kesedihan aku lebih dirasai.

Mengapa sedih? Aku berasa sangat bersalah, kerana selama satu semester aku di sana, aku tidak dapat menunjukkan akhlak yang terpuji seorang Muslim yang sentiasa mencotohi sunnah Rasulullah. Aku tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej Islam, menunjukkan bahawa Islam ini adalah deenilhaq, walaupun sekali. Aku berasa tidak puas hati.

Mengapa sedih? Kerana mereka adalah dari kalangan orang yang baik-baik. Ketika Miss Elaine memberitahu kepada kelas aku akan berpindah, riaksi wajah mereka cukup terkejut. Paling tekesan ialah raut wajah Khiang Seng. Air matanya seolah-olah mahu mengalir. Khiang Seng cukup memberi impak yang cukup terkesan dalam diri aku. Seorang yang cukup friendly, cukup caring, sentiasa mengambil tahu hal rakan-rakannya.  Aku dapat nampak dia seorang yang leader cukup dekat  di hati sahbat-sahabatnya.

“No more 1Malaysia team,” ujar Soo Yik Hong.

Mengapa sedih? Soo Yik Hong dan Asvin Kumar adalah rakan semaja ku. Walaupun kedudukan kami dalam satu kelas sentiasa berubah, namun kami bertiga tetap duduk bersama. 4 Bulan pertama, Soo Yik Hong lah yang sentiasa menemani ku lunch di sebuah kedai Melayu. Asvin seorang vegetarian, jarang sekali dia join kami makan.  Kami belajar sama-sama, ke mana sama. Dari pagi hingga ke petang.

Mengapa sedih? Kerana aku tidak dapat mengenal dengan lebih dalam budaya dan adat orang Cina. Cara mereka belajar cukup berbeza. Nampak kesungguhan mereka untuk belajar. Aku tidak menafikan adanya kekurangan mereka dari segi Akhlak, tetapi assobiyah mereka cukup kuat. Yang buat aku terharu, kerana mereka meanggap aku sebahagian dari mereka, walau berbeza aqidah dan warna kulit. Bergelak ketawa bersama-sama merupakan satu perkara biasa.

Denzel CJR, seorang lagi rakan yang berasal daripada Pulau Pinang. Cukup friendly dan cukup memahami. Seorang leader yang mampu mengajak yang lain berbuat baik. Seorang yang bersabar dan sentiasa betimbang rasa. Dialah classmate Chinese yang pertama aku kenal. Denzel dan Asvin. Kedua-dua individu ini yang telah aku memulakan sesi berkenalan ketika awal Januari haritu. Adakalanya bertanya tentang Islam, namun aku tidak berupaya untuk menjawab dengan baik. Perasaan gugup menyelubungi diri. Khuatir, takut tersalah kata.

Aku akan mendoakan mereka-mereka ini, agar InsyaAllah satu hari nanti diberi hidayah oleh Allah. Itulah harapan terakhir aku kepada mereka.

Namun begitu, aku bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk merasai suasana yang berbeza ini. Rezeki yang dikurniakan, melalui Mak dengan Abah, aku berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri budaya mereka. Kesedaran yang ada pada diri bahawa kita adalah golongan minoriti di sana yang mewakali Islam secara khususnya, walaupun adakalanya aku terbawa-bawa. Aku sentiasa cuba untuk mengawal diri, mengelak daripada bercampur antara lelaki dan perempuan itu adalah rutin harian aku di sana. Tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh berinteraksi bersama mereka.

As long you know your boundary, InsyaAllah, Allah will protect you.

Esok merupakan hari terakhir ku di sana. I hope they don't have anything weird in mind as a surprise for me.

Friday, April 19, 2013

Felt bad

Do you know the feeling when being ignored by the ones whom you really-really look up to?

And yet, we did not realize that Allah have never ignore us, even after we have committed sins. And yet, He immediately forgives us if we seek for his forgiveness.

Namun, ia berbeza dosa dengan manusia..

I felt really bad. Really-really bad. Ya Allah, do forgive me for repeating the same mistakes over and over again.

@KYS

Sunday, April 14, 2013

Hnmm

Mungkin ada silap aku. Apabila orang yang lebih tua meng'ignore' kita bila meminta bantuan kita.

Mungkin cara aku berkata-kata dengan mereka. Mungkin cara aku berkata-kata di khalayak ramai.

Ya, aku manusia lemah yang perlukan petunjuk kalian. Sekiranya abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik tidak dapat menerima saya, beritahulah di mana silap saya.

Kelak saya yang tertanya-tanya. Astaghfirullah, bersangka baik ku sudah hilang. Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini, janganlah biar diri ini terpesong dari jalan yang benar.

Wednesday, April 3, 2013

Less talking, more thinking. By observing, will that work? This feeling inside me, must have come from somewhere. Time to Muhasabah myself.

Friday, March 22, 2013

Selfish

Apakah aku cukup bersyukur yang telah dikurniakan Allah? Apakah aku menghargai mereka disekelilingku yang sentiasa mendokan ku? Mengapa perasaan gusar ini kian menyapa-menyapa hati insan yang lemah ini?

T_T


Wednesday, March 13, 2013

Sedikit sahaja.

Kita cepat melenting apabila difitnah bagai. Kita berasa marah, dan menganggap maruah kita tercabar. Adakala kita rasa, andai fitnah terhadap kita ini tersebar luas, apakah tanggapan masyarakat sekeliling terhadap kita? Berkait rapat dengan perihal maruah.

Ya, kita punyai maruah. Ia terletak pada kita. Setinggi mana kita meletakkan maruah kita, sehinggakan ia boleh digoyahkan oleh kata-kata orang lain.

Reaksi terhadap fitnah juga ada kaitan dengan maruah.

Ingin saya mengingatkan diri saya, sekiranya saya difitnah, sejauh manakah saya akan meletakkan kata-kata nista itu kepada saya yang lebih mengenali diri saya sendiri. Sekiranya ia tidak benar, saya bermuhasabah.

Ingin juga saya mengingatkan, kebiasaannya fitnah tidak akan timbul dengan begitu sahaja, melainkan ia berpunca daripada diri kita sendiri. Kita tidak sedar. Kebarangkalian berpunca daripada gerakan jari-jemari serta kata-kata kita sendiri. Terlalu banyak contoh disekeliling saya.

Oleh, itu, saya ingin mengingatkan diri saya, agar tidak menghampiri kepada perkara yang boleh membawa kepada fitnah.

Siapakah saya, untuk bekata-kata seperti yang di atas, kerana tidak pernah difitnah dikhalayak ramai. Mana mungkin saya memahami, mengempati apa yang sedang mereka lalui.

Namun, Al-Quran serta sirah Nabawi berulang kali menyebut. Para Anbiya' juga difitnah oleh kaum-kaum meraka. Bukan sekali atau dua tiga kali. Sehingga, ada yang dibunuh.

Sejauh mana jika kita dibandingkan dengan meraka. Insan-insan yang terpilih oleh Allah.

Hanya perkara kecil, kita melenting, memutuskan persahabatan. Nau'zubillah.

Ya Allah, Engkau lindungilah aku daripada fitnah dajjal, serta fitnah dunia.

*kali ini, aku bertulis tanpa berfikir panjang. Terdetik di hati, dek melihat seorang sahabat yang melenting begitu rupa apabila difitnah di alam maya. Minta maaf sekiranya ada kesalahan.

Tuesday, March 12, 2013

Ada kalanya

Ada kalanya lucu. Ada kalanya terkesima. Dan ada kalanya sedih.

Melihat dua entiti yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Saling tuduh-menuduh. Saling memburuk-burukkan. Kemudian, saling mempertahan-tahankan entiti masing-masing.

Mungkin kelihatan cliche di sini. Heheh.

Tetapi terpana di akal fikiran saya. Bagi orang seperti saya, yang hanya mahu melihat tanpa berkata-kata apa. Apakah saya tidak mempunyai sebarang pendirian seperti majoriti besar sahabat-sahabat saya yang lain? Sama ada yang sebaya, mahupun yang jauh lebih tua dari saya. Mereka tidak lekang untuk menyatakan pendirian mereka di khalayak ramai.

Mereka bukan calang-calang insan. Ada sebahagian daripada mereka, tergolong dalam kalangan insan yang amat saya kagumi serta hormati. Pendirian saya ketika mengenali mereka, merekalah anak-anak muda yang bakal memandu ummah ke arah cahaya kemenangan. Secara zahirnya, saya dan mereka adalah saudara seaqidah.

But, my real question is. Can the truth be upheld, if it is driven by ridiculing others?




Sunday, March 10, 2013

Manusia

Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia salah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung lalu menyalahkan orang lain atau mencari helah lepas diri - Hamka

via Kak Rasailul Ashwaq

Wednesday, March 6, 2013

Hampir

Hampir setiap kali aku melihat satu kemungkaran di hadapan aku, yang mana di dalam hatiku menyuruh untuk berkata-kata, namun hampir kali itu juga aku gagal. Seruan hati gagalkan dizahirkan dengan perbuatan. Walaupun aku yakin boleh lakukannya. Tetap gagal.

Ternyata, aku hanya dapat membenci dengan hati.

Lemahnya imanku.

Tuesday, March 5, 2013

Unexpected events

A young man just graduated from a university. Finally, he got his first degree. Later that night after he celebrated his achievement with his family, he reviewed his short term and long term goals. He laid out his plan, what and where he's going to be in 50 years time. Since he had been offered with a job with a local firm, he is very adamant that he's going to be very successful in life.

The next day, he died.

Thursday, February 28, 2013

Seringkali, Aku Lupa

Seringkali, aku berkata-kata tanpa meniliti bait-bait yang diperkata.

Seringkali, aku tidak memerhati keadaan sekeliling sebelum berkata-berkata.

Seringkali, aku berkata ikut suka.

Seringkali, aku menghukum membabi buta.

Oleh itu,

Seringkali, aku melukai hati orang-orang di sekeling ketika itu.

Seringkali, aku akan menyesal akan tindakan yang aku lakukan sebelum itu.

Seringkali, aku membenci diriku kerana tidak terfikir terlebih dahulu.

Seringkali, aku menitiskan air mata mengenangkan peristiwa dahulu

Walaupun,

Seringkali, aku mengingatkan diriku bahawa sebelum berkata-kata, fikir itu perlu.

Seringkali, aku mengingatkan diriku agar tuding jari ke arah diri terlebih dahulu.

Seringkali, aku mengingatkan diriku bahawa manusia itu tidak sempurna.

Seringkali, aku mengingatkan diriku  agar sentiasa berhusnozon kepada Allah Ta'ala.

Namun,

Seringkali, aku lupa.

Seringkali, aku lupa bahawa aku pernah lupa.

Mungkin,

Kerna, aku manusia biasa.

T_T

Ya Allah, Engkau lindungilah hamba-Mu yang lemah ini.

Tuesday, February 19, 2013

Minority

It was never easy living as the minority. I'm entirely amazed with those people who manage to stand out despite being the minorities. Honestly, it is hard. Life couldn't get easier, I thought at first. I will be having trouble getting friends. Trouble with lots of other things.

But after a while, my thoughts and feelings started to change. Bits by bits Allah shows me that this new world I'm in, have it's own essence that one might not see unless he understands. I'm not suggesting that I understand the whole situation I'm in, but at least I can see clearer, that Allah let me be in this situation for a reason. I'm still searching for the hikmah though.

Here I am. It has been 1 month since I enrolled as an A-Level student at Taylor's College.

Wednesday, February 13, 2013

Ice Cream

Usually I would refrain myself from eating something cold. Particularly ice creams. I get cold easily, thus eating an ice cream would be a very bad idea. And for past few years, I've been doing a good job of keeping myself away from ice creams. I would nicely say no if, somebody offers me an ice cream, or cendol perhaps with the alasan of "batuk".

But today, I today, I bought myself an Aiskrim Roti. I couldn't help myself, degil, and I really enjoyed eating it.

I don't know why, all this while I manage to avoid ice creams, the delicious and expensive ones, the creamy and soft ones, but today, I lost to an Aiskrim Roti, sold at the parking lot of Masjid Negeri.

Bandinganku

Jika dibandingkan diriku dengan kehidupan orang lain, terlalu kerdil diriku ini. Saya menganggap diri ini masih belum mengenal erti kehidupan. Gambaran ilmu yang tersemat dalam diri, jauh sekali mampu untuk membolehkan saya merangkak, apatah lagi berdiri, dalam ujian kehidupan ini.

Emak selalu berkata," kita hidup serba cukup, tiada alasan untuk abang dan adik-adik tidak menjadi orang yang berjaya."

Ada benar kata-kata emak. Diri saya sebenarnya yang sering lupa akan segala nikmat yang telah diberikan. Lupa, dibuai kesenangan, keselesaan. Abah dan Emak bukan orang senang ketika sebaya dengan diriku. Jauh jika dibandingkan dengan kemudahan dan keselesaan sedia ada.

Saya kira, kesusahan kehidupan yang Abah dan Mak lalui itulah yang menjadi mereka insan yang berjaya. Khuatir, kemewahan yang dirasai semenjak kecil, hanya akan menjauhkan diriku dari realiti yang sebenar.

Selemah-lemah insan.

Tuesday, January 8, 2013

Semakin hari, semakin jahil.

Semenjak dua ini, saya telah setkan pada diri untuk membaca sekurang-kurangnya 20 page dalam satu hari. Termasuklah buku serta artikel di internet. 

Tetapi semakin banyak saya membaca, semakin kerdil saya lihat diri saya ni. Terlalu banyak yang saya tak tahu. Terpegun dan tertarik, bagaimana orang lain mengupas sesebuah isu dengan penuh matang, gaya bahasa yang cemerlang, kaya dengan budi pekerti. Emosi bertempat 

Seringkali saya bertanya kepada diri sendiri, "adakah suatu hari, saya juga boleh berbicara seperti itu, berfikir seperti itu, berjaya seperti itu."

Masih banyak yang perlu diteroka. Disuluh dan dihayati. Namun, saya belum pasti ia akan melekat di hati. Khuatir, ia hanya akan datang pergi. Sia-sia membanyangi mimpi. Yang entah tidak entah ya terjadi. 
>.<

Teringat akan kata-kata hikmah Imam As-Syafie.

Doakan diriku ini dapat terus beristiqamah dalam membaca. Obsession yang kejap tenggelam, kejap timbul.