Sudah lama aku tidak menulis. Kerinduan serta semangat itu
menjulang tinggi. Namun dek kekangan masa dan alasan-alasan negatif yang sering
menerpa diri ini, terus-menerus menghalang aku untuk menulis. Sungguh lemah.
Bulan 6 sudah menghampiri. Bulan Rejab sudah hampir tiba
dipertengahannya. Masa begitu cepat berlalu, tetapi aku masih dibuai mimpi
dunia
Aku tersedar, rupa-rupanya sudah setengah tahun aku menjadi
pelajar di Taylor’s. Aku masih ingat hari pertama berkenalan dengan rakan-rakan
ku yang berlainan bangsa dan agama. Oleh kerana aku mewakili kaum minoriti,
cukup banyak pengalaman dan perbezaan pandangan yang dapat aku rasai.
Esok merupakan hari terakhir ku di sana. Rasa gembira,
bercampur gaul dengan rasa sedih dan hambar. Entah mengapa, aku hanya mampur
berdoa, agar keputusan yang telah aku lakukan ini adalah yang terbaik.
InsyaAllah.
Mengapa gembira? Kerana akhirnya aku dapat keluar daripada
terus berada dalam suasana western
masyarakat bukan Islam di Malaysia. Di tempat baru aku, hampir kesemua beragama
Islam. Hampir kesemua berbangsa Melayu.
Namun begitu, kesedihan aku lebih dirasai.
Mengapa sedih? Aku berasa sangat bersalah, kerana selama
satu semester aku di sana, aku tidak dapat menunjukkan akhlak yang terpuji
seorang Muslim yang sentiasa mencotohi sunnah Rasulullah. Aku tidak
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej Islam, menunjukkan bahawa Islam ini
adalah deenilhaq, walaupun sekali.
Aku berasa tidak puas hati.
Mengapa sedih? Kerana mereka adalah dari kalangan orang yang
baik-baik. Ketika Miss Elaine memberitahu kepada kelas aku akan berpindah,
riaksi wajah mereka cukup terkejut. Paling tekesan ialah raut wajah Khiang
Seng. Air matanya seolah-olah mahu mengalir. Khiang Seng cukup memberi impak yang
cukup terkesan dalam diri aku. Seorang yang cukup friendly, cukup caring, sentiasa
mengambil tahu hal rakan-rakannya. Aku dapat
nampak dia seorang yang leader cukup
dekat di hati sahbat-sahabatnya.
“No more 1Malaysia team,” ujar Soo Yik Hong.
Mengapa sedih? Soo Yik Hong dan Asvin Kumar adalah rakan
semaja ku. Walaupun kedudukan kami dalam satu kelas sentiasa berubah, namun
kami bertiga tetap duduk bersama. 4 Bulan pertama, Soo Yik Hong lah yang sentiasa
menemani ku lunch di sebuah kedai
Melayu. Asvin seorang vegetarian, jarang sekali dia join kami makan. Kami belajar sama-sama, ke mana sama. Dari pagi
hingga ke petang.
Mengapa sedih? Kerana aku tidak dapat mengenal dengan lebih
dalam budaya dan adat orang Cina. Cara mereka belajar cukup berbeza. Nampak
kesungguhan mereka untuk belajar. Aku tidak menafikan adanya kekurangan mereka
dari segi Akhlak, tetapi assobiyah mereka cukup kuat. Yang buat aku terharu,
kerana mereka meanggap aku sebahagian dari mereka, walau berbeza aqidah dan
warna kulit. Bergelak ketawa bersama-sama merupakan satu perkara biasa.
Denzel CJR, seorang lagi rakan yang berasal daripada Pulau
Pinang. Cukup friendly dan cukup memahami. Seorang leader yang mampu mengajak
yang lain berbuat baik. Seorang yang bersabar dan sentiasa betimbang rasa.
Dialah classmate Chinese yang pertama aku kenal. Denzel dan Asvin. Kedua-dua
individu ini yang telah aku memulakan sesi berkenalan ketika awal Januari
haritu. Adakalanya bertanya tentang Islam, namun aku tidak berupaya untuk
menjawab dengan baik. Perasaan gugup menyelubungi diri. Khuatir, takut tersalah
kata.
Aku akan mendoakan mereka-mereka ini, agar InsyaAllah satu
hari nanti diberi hidayah oleh Allah. Itulah harapan terakhir aku kepada mereka.
Namun begitu, aku bersyukur kepada Allah kerana diberi
peluang untuk merasai suasana yang berbeza ini. Rezeki yang dikurniakan,
melalui Mak dengan Abah, aku berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri
budaya mereka. Kesedaran yang ada pada diri bahawa kita adalah golongan minoriti
di sana yang mewakali Islam secara khususnya, walaupun adakalanya aku
terbawa-bawa. Aku sentiasa cuba untuk mengawal diri, mengelak daripada
bercampur antara lelaki dan perempuan itu adalah rutin harian aku di sana.
Tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh berinteraksi bersama mereka.
As long you know your
boundary, InsyaAllah, Allah will protect you.
Esok merupakan hari terakhir ku di sana. I hope they don't have anything weird in mind as a surprise for me.

