Thursday, February 28, 2013

Seringkali, Aku Lupa

Seringkali, aku berkata-kata tanpa meniliti bait-bait yang diperkata.

Seringkali, aku tidak memerhati keadaan sekeliling sebelum berkata-berkata.

Seringkali, aku berkata ikut suka.

Seringkali, aku menghukum membabi buta.

Oleh itu,

Seringkali, aku melukai hati orang-orang di sekeling ketika itu.

Seringkali, aku akan menyesal akan tindakan yang aku lakukan sebelum itu.

Seringkali, aku membenci diriku kerana tidak terfikir terlebih dahulu.

Seringkali, aku menitiskan air mata mengenangkan peristiwa dahulu

Walaupun,

Seringkali, aku mengingatkan diriku bahawa sebelum berkata-kata, fikir itu perlu.

Seringkali, aku mengingatkan diriku agar tuding jari ke arah diri terlebih dahulu.

Seringkali, aku mengingatkan diriku bahawa manusia itu tidak sempurna.

Seringkali, aku mengingatkan diriku  agar sentiasa berhusnozon kepada Allah Ta'ala.

Namun,

Seringkali, aku lupa.

Seringkali, aku lupa bahawa aku pernah lupa.

Mungkin,

Kerna, aku manusia biasa.

T_T

Ya Allah, Engkau lindungilah hamba-Mu yang lemah ini.

0 comments:

Post a Comment