Kita cepat melenting apabila difitnah bagai. Kita berasa marah, dan menganggap maruah kita tercabar. Adakala kita rasa, andai fitnah terhadap kita ini tersebar luas, apakah tanggapan masyarakat sekeliling terhadap kita? Berkait rapat dengan perihal maruah.
Ya, kita punyai maruah. Ia terletak pada kita. Setinggi mana kita meletakkan maruah kita, sehinggakan ia boleh digoyahkan oleh kata-kata orang lain.
Reaksi terhadap fitnah juga ada kaitan dengan maruah.
Ingin saya mengingatkan diri saya, sekiranya saya difitnah, sejauh manakah saya akan meletakkan kata-kata nista itu kepada saya yang lebih mengenali diri saya sendiri. Sekiranya ia tidak benar, saya bermuhasabah.
Ingin juga saya mengingatkan, kebiasaannya fitnah tidak akan timbul dengan begitu sahaja, melainkan ia berpunca daripada diri kita sendiri. Kita tidak sedar. Kebarangkalian berpunca daripada gerakan jari-jemari serta kata-kata kita sendiri. Terlalu banyak contoh disekeliling saya.
Oleh, itu, saya ingin mengingatkan diri saya, agar tidak menghampiri kepada perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
Siapakah saya, untuk bekata-kata seperti yang di atas, kerana tidak pernah difitnah dikhalayak ramai. Mana mungkin saya memahami, mengempati apa yang sedang mereka lalui.
Namun, Al-Quran serta sirah Nabawi berulang kali menyebut. Para Anbiya' juga difitnah oleh kaum-kaum meraka. Bukan sekali atau dua tiga kali. Sehingga, ada yang dibunuh.
Sejauh mana jika kita dibandingkan dengan meraka. Insan-insan yang terpilih oleh Allah.
Hanya perkara kecil, kita melenting, memutuskan persahabatan. Nau'zubillah.
Ya Allah, Engkau lindungilah aku daripada fitnah dajjal, serta fitnah dunia.
*kali ini, aku bertulis tanpa berfikir panjang. Terdetik di hati, dek melihat seorang sahabat yang melenting begitu rupa apabila difitnah di alam maya. Minta maaf sekiranya ada kesalahan.
Wednesday, March 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment