Aku selalu berdoa, agar pertuturan ku sentiasa lemah lembut bersama ahli keluarga. Adik-adik lelaki aku terutamanya. Dengan kawan-kawan boleh, masakan dengan adik sendiri.
Bila berada dalam situasi tersebut, aku akan lari. Biarlah dikata merajuk, tak kuat. Aku lebih sanggup hati aku yang berkecil dari adik yang aku sayangi. Aku akan menyendiri. Air mata pasti mengalir. Menyesal. Mengapa aku meninggikan suara, hanya kerana tercabar dengan adik sendiri. Mengapa dengan manusia lain, toleransi ku gunung meninggi.
Aku sayang mereka. Mungkin salah aku mengapa Hassan tidak faham mesej yang ingin aku sampaikan. Intonasi perlu jaga. Muka perlu sentiasa senyum. Aku tidak boleh salahkan dia kerana tidak memahami diri aku ini. Terima diri aku yang lemah ini. Sentiasa mempunyai silap.
"Macam ni ke abang? Baik tak payah jadi abang."
Ya. Ego aku tercabar.
Ya Allah, engkau lemahkanlah nafsu amarah ku. Engkau perbaikkanlah tutur kata ku. Engkau kuatkanlah diri ku untuk mengawal lidah dan badanku. Engkau perbaikkanlah hubungan ku bersama adik-adikku. Moga-moga kami tergolong di kalngan muqarrabin yang sentiasa mendambakan belas kasihan mu.
Aku sayang mereka.



0 comments:
Post a Comment