Melihat dua entiti yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Saling tuduh-menuduh. Saling memburuk-burukkan. Kemudian, saling mempertahan-tahankan entiti masing-masing.
Mungkin kelihatan cliche di sini. Heheh.
Tetapi terpana di akal fikiran saya. Bagi orang seperti saya, yang hanya mahu melihat tanpa berkata-kata apa. Apakah saya tidak mempunyai sebarang pendirian seperti majoriti besar sahabat-sahabat saya yang lain? Sama ada yang sebaya, mahupun yang jauh lebih tua dari saya. Mereka tidak lekang untuk menyatakan pendirian mereka di khalayak ramai.
Mereka bukan calang-calang insan. Ada sebahagian daripada mereka, tergolong dalam kalangan insan yang amat saya kagumi serta hormati. Pendirian saya ketika mengenali mereka, merekalah anak-anak muda yang bakal memandu ummah ke arah cahaya kemenangan. Secara zahirnya, saya dan mereka adalah saudara seaqidah.
But, my real question is. Can the truth be upheld, if it is driven by ridiculing others?

