Sunday, September 22, 2013

Shameless

Have you no shame
Committing sins
Towards the creator
Who loves you more
Than any living creature could?

Tuesday, September 17, 2013

Grief

Dua hari lepas, aku menceritakan kepada emak tentang mutiara yang aku perolehi dari lecture Nouman Ali Khan di PWTC satu minggu sebelumnya. Aku memberitahu emak akan penyesalanku tidak belajar bahasa arab dengan bersungguh-sungguh, walhal pelajaran bahasa arabku sudah bermula sejak tadika, PSRA, PMR. Aku masih gagal untuk memahami ayat-ayat al-Quran dengan ringkas seperti yang Angah mampu buat.

Emak memberitahu kepada ku,

"Do not grief over the past. The past helps you come to your realization. The question is now, what are you going to do about it?

Some people don't even have a past for them to reflect on. Some people have never felt any hardship for them to be grateful of their easy life. 

For you, you have realize. Now think on how you're going to act upon it"

kepada Lebih kurang itu apa yang Emak kata. Aku tak ingat semua. Maklumlah, bahasa Inggeris aku masih berkarat jika dibandingkan aku dengan adik-beradik yang lain.

Ya, persoalannya. Bagaimana?

Susah

Rata-rata sahabat aku yang hebat-hebat, mereka juga mempunyai guru yang hebat. Murabbi kata mereka. Aku juga ingin menjadi hebat seperti mereka. Aku juga ingin mempunyai seoarang murabbi yang boleh membimbing. 

Aku sedang mencari. Tapi. Aku tidak tahu siapa dia. Kalau jumpa, aku tidak tahu bagimana mahu menghampirinya. 

Argh, susahnya.


Friday, August 30, 2013

Happiness?

Last week, Emak broke the silence in the car by asking, how do I define happiness. Before I could start answering, Abah entered the car and started a conversation with Emak.

How do I define happiness. Well, to me, happiness is when I certainly sure that my family and I, are on the right path of Allah's blessings that leads to the jannah. Untill then, I have to strive for this eternal happiness.

"The ultimate victory is when one enters the paradise" - hadith

But with such mungkar I do everyday, despite of knowings the sins I'm burdening myself with... T.T

Ya Allah. Grant me the feeling of fear and guilt.

May Allah ease my tidings by strengthening my Iman. Grant me sabr and wisdom. Amin.

Friday, August 23, 2013

Hati Kosong

Di kala hati berasa kosong, harapan diri hadirnya seorang insan yang memahami. Jawapan segara, lahir dari persoalan-persoalan hidup yang tiada penghujung. Menjadi penenang jiwa yang kian bergelora. Insan yang bisa memperingatkan aku akan yang haq dan bathil. Aku lemah. 

Ya Allah. Kepada Engkaulah aku berserah segalanya. Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ku ini di atas jalan agama Mu dan ketaatan Mu.

Ya, aku merindui suasana dahulu. Aku masih terkapai tanpa panduan untuk mewujudkan suasana itu di tempat baru. Tidak seorang. Mana yang lain?

Friday, August 16, 2013

Let

Let the death of others be a reminder to us all. As our end are still uncertain. For which, death does not define age. And yet, how can we still hold on our repentance towards Allah? As we know, the time will come. Nearer than you can imagine. Let the flowing tears be the stream of guilt. For Allah, is The Forgiver. 

T.T 

Ya Allah, timbulkanlah perasaan bersalah dalam diriku yang senantiasa menzalimi diri ini.

Saturday, August 3, 2013

Aku Insan Lemah

Bahaya nya ego seorang abang. Bila Hassan meninggikan suaranya, tentu sahaja hati seorang abang akan tercabar. Aku meninggikan suara juga. Masing-masing ingin membuktikan hujah. 

Aku selalu berdoa, agar pertuturan ku sentiasa lemah lembut bersama ahli keluarga. Adik-adik lelaki aku terutamanya. Dengan kawan-kawan boleh, masakan dengan adik sendiri.

Bila berada dalam situasi tersebut, aku akan lari. Biarlah dikata merajuk, tak kuat. Aku lebih sanggup hati aku yang berkecil dari adik yang aku sayangi. Aku akan menyendiri. Air mata pasti mengalir. Menyesal. Mengapa aku meninggikan suara, hanya kerana tercabar dengan adik sendiri. Mengapa dengan manusia lain, toleransi ku gunung meninggi.

Aku sayang mereka. Mungkin salah aku mengapa Hassan tidak faham mesej yang ingin aku sampaikan. Intonasi perlu jaga. Muka perlu sentiasa senyum. Aku tidak boleh salahkan dia kerana tidak memahami diri aku ini. Terima diri aku yang lemah ini. Sentiasa mempunyai silap. 

"Macam ni ke abang? Baik tak payah jadi abang."

Ya. Ego aku tercabar.

Ya Allah, engkau lemahkanlah nafsu amarah ku. Engkau perbaikkanlah tutur kata ku. Engkau kuatkanlah diri ku untuk mengawal lidah dan badanku. Engkau perbaikkanlah hubungan ku bersama adik-adikku. Moga-moga kami tergolong di kalngan muqarrabin yang sentiasa mendambakan belas kasihan mu. 

Aku sayang mereka.