Sunday, May 26, 2013

PM 12


Sudah lama aku tidak menulis. Kerinduan serta semangat itu menjulang tinggi. Namun dek kekangan masa dan alasan-alasan negatif yang sering menerpa diri ini, terus-menerus menghalang aku untuk menulis. Sungguh lemah.

Bulan 6 sudah menghampiri. Bulan Rejab sudah hampir tiba dipertengahannya. Masa begitu cepat berlalu, tetapi aku masih dibuai mimpi dunia

Aku tersedar, rupa-rupanya sudah setengah tahun aku menjadi pelajar di Taylor’s. Aku masih ingat hari pertama berkenalan dengan rakan-rakan ku yang berlainan bangsa dan agama. Oleh kerana aku mewakili kaum minoriti, cukup banyak pengalaman dan perbezaan pandangan yang dapat aku rasai.
Esok merupakan hari terakhir ku di sana. Rasa gembira, bercampur gaul dengan rasa sedih dan hambar. Entah mengapa, aku hanya mampur berdoa, agar keputusan yang telah aku lakukan ini adalah yang terbaik. InsyaAllah.

Mengapa gembira? Kerana akhirnya aku dapat keluar daripada terus berada dalam suasana western masyarakat bukan Islam di Malaysia. Di tempat baru aku, hampir kesemua beragama Islam. Hampir kesemua berbangsa Melayu.

Namun begitu, kesedihan aku lebih dirasai.

Mengapa sedih? Aku berasa sangat bersalah, kerana selama satu semester aku di sana, aku tidak dapat menunjukkan akhlak yang terpuji seorang Muslim yang sentiasa mencotohi sunnah Rasulullah. Aku tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej Islam, menunjukkan bahawa Islam ini adalah deenilhaq, walaupun sekali. Aku berasa tidak puas hati.

Mengapa sedih? Kerana mereka adalah dari kalangan orang yang baik-baik. Ketika Miss Elaine memberitahu kepada kelas aku akan berpindah, riaksi wajah mereka cukup terkejut. Paling tekesan ialah raut wajah Khiang Seng. Air matanya seolah-olah mahu mengalir. Khiang Seng cukup memberi impak yang cukup terkesan dalam diri aku. Seorang yang cukup friendly, cukup caring, sentiasa mengambil tahu hal rakan-rakannya.  Aku dapat nampak dia seorang yang leader cukup dekat  di hati sahbat-sahabatnya.

“No more 1Malaysia team,” ujar Soo Yik Hong.

Mengapa sedih? Soo Yik Hong dan Asvin Kumar adalah rakan semaja ku. Walaupun kedudukan kami dalam satu kelas sentiasa berubah, namun kami bertiga tetap duduk bersama. 4 Bulan pertama, Soo Yik Hong lah yang sentiasa menemani ku lunch di sebuah kedai Melayu. Asvin seorang vegetarian, jarang sekali dia join kami makan.  Kami belajar sama-sama, ke mana sama. Dari pagi hingga ke petang.

Mengapa sedih? Kerana aku tidak dapat mengenal dengan lebih dalam budaya dan adat orang Cina. Cara mereka belajar cukup berbeza. Nampak kesungguhan mereka untuk belajar. Aku tidak menafikan adanya kekurangan mereka dari segi Akhlak, tetapi assobiyah mereka cukup kuat. Yang buat aku terharu, kerana mereka meanggap aku sebahagian dari mereka, walau berbeza aqidah dan warna kulit. Bergelak ketawa bersama-sama merupakan satu perkara biasa.

Denzel CJR, seorang lagi rakan yang berasal daripada Pulau Pinang. Cukup friendly dan cukup memahami. Seorang leader yang mampu mengajak yang lain berbuat baik. Seorang yang bersabar dan sentiasa betimbang rasa. Dialah classmate Chinese yang pertama aku kenal. Denzel dan Asvin. Kedua-dua individu ini yang telah aku memulakan sesi berkenalan ketika awal Januari haritu. Adakalanya bertanya tentang Islam, namun aku tidak berupaya untuk menjawab dengan baik. Perasaan gugup menyelubungi diri. Khuatir, takut tersalah kata.

Aku akan mendoakan mereka-mereka ini, agar InsyaAllah satu hari nanti diberi hidayah oleh Allah. Itulah harapan terakhir aku kepada mereka.

Namun begitu, aku bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk merasai suasana yang berbeza ini. Rezeki yang dikurniakan, melalui Mak dengan Abah, aku berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri budaya mereka. Kesedaran yang ada pada diri bahawa kita adalah golongan minoriti di sana yang mewakali Islam secara khususnya, walaupun adakalanya aku terbawa-bawa. Aku sentiasa cuba untuk mengawal diri, mengelak daripada bercampur antara lelaki dan perempuan itu adalah rutin harian aku di sana. Tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh berinteraksi bersama mereka.

As long you know your boundary, InsyaAllah, Allah will protect you.

Esok merupakan hari terakhir ku di sana. I hope they don't have anything weird in mind as a surprise for me.

Friday, April 19, 2013

Felt bad

Do you know the feeling when being ignored by the ones whom you really-really look up to?

And yet, we did not realize that Allah have never ignore us, even after we have committed sins. And yet, He immediately forgives us if we seek for his forgiveness.

Namun, ia berbeza dosa dengan manusia..

I felt really bad. Really-really bad. Ya Allah, do forgive me for repeating the same mistakes over and over again.

@KYS

Sunday, April 14, 2013

Hnmm

Mungkin ada silap aku. Apabila orang yang lebih tua meng'ignore' kita bila meminta bantuan kita.

Mungkin cara aku berkata-kata dengan mereka. Mungkin cara aku berkata-kata di khalayak ramai.

Ya, aku manusia lemah yang perlukan petunjuk kalian. Sekiranya abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik tidak dapat menerima saya, beritahulah di mana silap saya.

Kelak saya yang tertanya-tanya. Astaghfirullah, bersangka baik ku sudah hilang. Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini, janganlah biar diri ini terpesong dari jalan yang benar.

Wednesday, April 3, 2013

Less talking, more thinking. By observing, will that work? This feeling inside me, must have come from somewhere. Time to Muhasabah myself.

Friday, March 22, 2013

Selfish

Apakah aku cukup bersyukur yang telah dikurniakan Allah? Apakah aku menghargai mereka disekelilingku yang sentiasa mendokan ku? Mengapa perasaan gusar ini kian menyapa-menyapa hati insan yang lemah ini?

T_T


Wednesday, March 13, 2013

Sedikit sahaja.

Kita cepat melenting apabila difitnah bagai. Kita berasa marah, dan menganggap maruah kita tercabar. Adakala kita rasa, andai fitnah terhadap kita ini tersebar luas, apakah tanggapan masyarakat sekeliling terhadap kita? Berkait rapat dengan perihal maruah.

Ya, kita punyai maruah. Ia terletak pada kita. Setinggi mana kita meletakkan maruah kita, sehinggakan ia boleh digoyahkan oleh kata-kata orang lain.

Reaksi terhadap fitnah juga ada kaitan dengan maruah.

Ingin saya mengingatkan diri saya, sekiranya saya difitnah, sejauh manakah saya akan meletakkan kata-kata nista itu kepada saya yang lebih mengenali diri saya sendiri. Sekiranya ia tidak benar, saya bermuhasabah.

Ingin juga saya mengingatkan, kebiasaannya fitnah tidak akan timbul dengan begitu sahaja, melainkan ia berpunca daripada diri kita sendiri. Kita tidak sedar. Kebarangkalian berpunca daripada gerakan jari-jemari serta kata-kata kita sendiri. Terlalu banyak contoh disekeliling saya.

Oleh, itu, saya ingin mengingatkan diri saya, agar tidak menghampiri kepada perkara yang boleh membawa kepada fitnah.

Siapakah saya, untuk bekata-kata seperti yang di atas, kerana tidak pernah difitnah dikhalayak ramai. Mana mungkin saya memahami, mengempati apa yang sedang mereka lalui.

Namun, Al-Quran serta sirah Nabawi berulang kali menyebut. Para Anbiya' juga difitnah oleh kaum-kaum meraka. Bukan sekali atau dua tiga kali. Sehingga, ada yang dibunuh.

Sejauh mana jika kita dibandingkan dengan meraka. Insan-insan yang terpilih oleh Allah.

Hanya perkara kecil, kita melenting, memutuskan persahabatan. Nau'zubillah.

Ya Allah, Engkau lindungilah aku daripada fitnah dajjal, serta fitnah dunia.

*kali ini, aku bertulis tanpa berfikir panjang. Terdetik di hati, dek melihat seorang sahabat yang melenting begitu rupa apabila difitnah di alam maya. Minta maaf sekiranya ada kesalahan.

Tuesday, March 12, 2013

Ada kalanya

Ada kalanya lucu. Ada kalanya terkesima. Dan ada kalanya sedih.

Melihat dua entiti yang saling menyalahkan antara satu sama lain. Saling tuduh-menuduh. Saling memburuk-burukkan. Kemudian, saling mempertahan-tahankan entiti masing-masing.

Mungkin kelihatan cliche di sini. Heheh.

Tetapi terpana di akal fikiran saya. Bagi orang seperti saya, yang hanya mahu melihat tanpa berkata-kata apa. Apakah saya tidak mempunyai sebarang pendirian seperti majoriti besar sahabat-sahabat saya yang lain? Sama ada yang sebaya, mahupun yang jauh lebih tua dari saya. Mereka tidak lekang untuk menyatakan pendirian mereka di khalayak ramai.

Mereka bukan calang-calang insan. Ada sebahagian daripada mereka, tergolong dalam kalangan insan yang amat saya kagumi serta hormati. Pendirian saya ketika mengenali mereka, merekalah anak-anak muda yang bakal memandu ummah ke arah cahaya kemenangan. Secara zahirnya, saya dan mereka adalah saudara seaqidah.

But, my real question is. Can the truth be upheld, if it is driven by ridiculing others?