Jujurnya, terlalu banyak pendapat tentang berbagai-bagai isu yang berlegar-legar di kepala ku. Serabut jadinya. Ingin sahaja aku meluahkan di tempat-tempat yang memungkinkan respons daripada individu lain.
Tetapi, setiap kali ingin menekan button send/post/tweet, hati ku menjadi gusar. Apakah benar tindakan aku ini. Apakah benar kata-kata ku ini.
I will held accountable for every words I posted either on Facebook, Twitter, or even this silent blog of mine.
Kekhuatiran, keresahan itu juga datang apabila datangnya perasaan khuatir terbiadap dalam berbicara. Ingin sahaja aku fire kembali pendapat yang kurang matang dari senior-senior. Pendapat-pendapat mereka yang mengaji tinggi-tinggi tetapi tidak menunjukkan kematangan mereka dalam mengulas isu tersebut. Kebanyakkannya batu api. Tidak menzahirkan keintelektualan yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Lagi gusar, apabila ramai teman rapat mengiyakan sahaja, malah menyokong, bahkan mendokong!
Hoi Harith, pendapat boleh berbeza-beza! Kawan tetap kawan. Kan? Kau susah apa?
Benar! Tapi ada batasnya. Kau bercakap pasal sensitiviti, kau tak beramal dengannya. Tidak boleh memuaskan hati semua orang jangan sampai bermusuh dengan ramai orang. Asalnya kawan, sekelip mata bertukar musuh.
Belum bercerita tentang ramai dari mereka yang pandai-pandai percaya sekali baca lalu share berita yang tiada kesahihannya. Fatabayyanu mereka entah ke mana.
Moga aku dapat tidur dengan tenang malam ini.
Ya Allah, engkau lindungilah aku dan kaun kerabatku daripada segala jenis fitnah. Naungilah kami dibawah rahmat dan pengampunanMu. Perkukuh dan kuatkan iman kami dalam mencintaiMu dan RasulMu. Dan golongkanlah kami dalam golongan mereka yang bertakwa~